Sesekali tatkala menatap gambar perkahwinan bersama sanak saudara.. Wajah kemerahan menanggung rasa malu akibat rasa lucu di usik oleh Ibu Saudara akan wajah yang seakan “Opera Wayang Cina” dan kepuh di andam olih juru andam yang di upah untuk menata rias dirinya semasa majlis perkahwinan yang baru sahaja berlansung 3 bulan yang lepas..

Ketika di solek, wajah tidak di benarkan sama sekali menatap ke cermin kerana takut seri pengantin akan di serap oleh cahaya cermin tersebut…. Alahai…berdebar rasa hati… suspend dan seribu pertanyaan bagaimana agaknya hasil wajah di hari yang cukup bermakna ini bersarang di dalam hati. Namun apabila selesai di dandan, tatkala menoleh wajah ke cermin, seakan terasa cermin pecah, retak seribu.. meluap-luap rasa di dada menatap wajah impian seperti ala-ala “Puteri Gunung Ledang” tiba-tiba berubah menjadi “Puteri Hang Lee Poh”, hendak di tegur akan hasil kerja si tukang andam, mulut terkunci kerana orang yang beria-ia recoment si tukang andam sentiasa ada di kamar mempelai.. Mahu tak mahu terpaksa juga memendam perasaan marah yang tidak terhingga jauh di lubuk hati.. Wajah yang selalu nya ceria menjadi memuncung panjang sehingga terakam di dalam gambar.

Penat masih terasa dan lebih perit mata memandang gambar kenangan perkahwinan yang tersusun rapi di dalam album… Mahu rasanya mencampakkan kesemua gambar-gambar tersebut, namun apakan daya terpaksa di simpan juga kerana itulah satu-satunya kenangan yang tidak mungkin dapat di ulang kembali seumur hidup.. buruk baik.. pahit dan manis.. semuanya tersohor di dalam lipatan kenangan. Namun untuk majlis Perkahwinan biarlah kesemua kenangan di simpan yang manis- manis belaka.. yang indah-indah belaka.. lebih-lebih lagi apabila menatap gambar-gambar kenangan semasa malis perkahwinan di lansungkan. Wajah Ayu Jelita hasil sentuhan juru solek terkenal. Rakan-rakan ada mengatakan wajah mirip penyanyi “Siti Norhaliza” dan pakaian glamour ala supermodel Hollywood !, hati berbunga segar tatkala di puji oleh sanak saudara dan rakan taulan.. Megah rasanya menunjukkan gambar-gambar tersebut, walaupun terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana terpaksa mengupah juru solek yang terkenal dan pakaian ciptaan busana yang tersohor di ibu Negara, walaupun mahal, hasilnya tetap berbaloi. Tidak menyesal berhabis beribu ringgit mengupah seorang perunding perkahwinan yang lebih arif, sementelah lagi anda tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang solekan mahupun fashion yang bersesuaian dengan bentuk badan anda. Duit yang di simpan sekian lama hasil keringat mencukupi untuk anda bergaya sakan… Nah!, ini lah masanya untuk anda mengupah seorang perunding perkahwinan yag lebih berpengalaman.. Tak ape lah berbelanja sekali seumur hidup asalkan memenuhi cita rasa anda. Anda kelihatan Cantik, Anggun dan Bergaya.. lebih manis dari anda yang asal… Hasil yang sebegini penting untuk raja sehari . Agar bibir anda sentiasa mengukirkan senyuman tatkala menatap gambar-gambar perkahwinan sehingga ke anak cucu. Seakan terasa majlis tersebut baru sahaja berlansung semalam. Tiada sedikit pun rasa penyesalan akibat mengupah perunding perkahwinan yang terkenal. Namun di mana silapnya bagi anda yang terlalu berkira untuk berbelanja lebih sdikit.. Wal hal isu perkahwinan adalah sekali seumur hidup..mungkin bagi anda yang tidak panjang jodoh, mengulangi detik-detik manis bagi kali kedua tidak se gah yang pertama kali.. Anda terlalu memandang remeh akan penampilan anda di hari yang cukup bermakna tersebut.. Ah tak kisahlah… Janji aku kahwin dan majlis selesai…Akan tetapi bila menatap gambar.. hati tiba-tiba menjadi sayu kerana nenek yang sempat bergambar kenangan sudah pun kembali ke Rahmatullah..namun wajah anda di sisi, anda sendiri tidak kenal siapa.. jauh bezanya dari wajah anda yang asal.. rasanya wajah anda yang asli lebih berseri dan jauh lebih manis. Ada yang nakal selamba mengusik, wajah arwah nenek lebih berseri dari pengantin… Aduhai… timbul rasa sakit hati dalam penyesalan… Inilah satu-satu nya kesilapan besar yang harus anda titik beratkan secara mendalam, supaya ianya tidak terjadi kepada diri anda. Di NORA BRIDAL CREATION, semua itu InshaAllah tidak mungkin akan terjadi. Perunding Perkahwinan nya NORA AZIZ, di lahirkan pada tanggal 18hb June, 1967, anak kelahiran Negeri 9, yang mendapat pendidikan di Kolej Tengku Kurshiah, Seremban dan meneruskan pengajiannya di UITM, Shah Alam, tahu cara-caranya untuk merialisasikan impian Perkahwinan anda untuk menjadi kenyataan. Nama beliau sudah tidak asing lagi bagi anda yang seringkali melanggani majalah-majalah fashion di pasaran. Pelakun popular Wardina Saffiyah dan penyanyi popular kumpulan Ruffedge, Azzan Addin juga pernah mendapat sentuhan dari beliau. NORA AZIZ mempunyai pengalaman solekan selepas menamatkan pengajiannya di London untuk diploma sebagai seorang profeshional make up artist, dan di susuli dengan beberapa kursus lanjutan di Thailand, Jepun, Amerika dan juga Australia.

Kini beliau bergerak cergas sebagai pensharah di dalam bidang cosmetic dan Grooming di Thafe Academy of College, Adelaide, Australia… dan tidak lupa mengelolakan beberapa kursus solekan di ibu kota Kuala Lumpur bertempat di premise perniagaannya yang sudah hampir 10 tahun bertahan beroperasi di Bukit Bintang Plaza., Kuala Lumpur. Dengan keupayaan dan pengalaman yang sedemikian.. Apalagi yang perlu anda ragukan… tidak perlu trial make – up kerana hasilnya sudah terbukti kukuh… Kesemuanya teratur untuk anda kecapi di hari yang cukup bermakna tersebut.. Anda Cuma berbelanja lebih sedikit namun dengan harga yang berpatutan untuk hasil yang “excellent”.. Apa salahnya jika anda mampu mempunyai J LO untuk menjadi Wedding Planner anda.. itu lah janji NORA AZIZ dari NORA BRIDAL CREATION bagi anda yang menilai sudut kecantikan dari platform yang berbeza… Pengalaman yang bukan sedikit malah di timba jauh dari luar Negara yang jarang kali di miliki oleh juru solek yang lainnya. Dari hujung rambut sehinga ke hujung kaki …untuk wanita yang bertudung dan yang bukan.. untuk anda yang ingin berjinak –jinak di dalam dunia fashion dan solekan. NORA AZIZ sedia untuk membantu anda yang memerlukan khidmat profeshionalnya.. Lapangkan minda dan ringankan tulang untuk bertanya dengan lebih lanjut lagi akan pakej-pakej perkahwinan dan juga kursus solekan yang di anjurkan….

   
All Rights Reserved 2006.